Home » » [FOTO] : Barisan Artis Popular & Skuad #JDAB2012 Hangatkan Suasana Uptown Danau Kota!

[FOTO] : Barisan Artis Popular & Skuad #JDAB2012 Hangatkan Suasana Uptown Danau Kota!

Written By Destini Anak Bangsa on Saturday 12 May 2012 | 02:08


Setelah selesai menjelajah Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Skuad JDAB2012 kembali menyambung siri jelajah mereka yang memasuki hari ke-4. Lokasi yang dipilih oleh Skuad JDAB2012 untuk peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah KL Sentral, Hentian Putra dan Uptown Danau Kota.

Hari ini Skuad JDAB2012 turut dibantu oleh barisan artis popular tanahair seperti Danny X-Factor, Tasha Shilla, Syed Aiman, Linda Rafar, Diana Rafar, Syahir AF8, Fida, Zamarul Hisham, Gambit, dan Aida AF. Kesudian rakan artis yang mewakili NGO Malaysia Artist Sport Club (MASC) ini telah memeriahkan lagi suasana di sekitar Uptown Danau Kota.

Barisan artis popular ini turut bersama Skuad JDAB2012 meronda sekitar Uptown Danau Kota dalam usaha mencari pelajar lepasan SPM dan mereka yang mempunyai anak lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi namun dibelenggu masalah kemiskinan.

Kesudian rakan artis turut serta membantu mempromosikan program Mengubah Destini Anak Bangsa ini ternyata berjaya apabila 2,318 data pelajar dan ibu bapa yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan berjaya diperolehi dalam masa yang singkat.

Usaha membawa rakan artis ini dilakukan sepenuhnya oleh Pengerusi MDAB iaitu Mohd Faizal Daud dan Aizuddin Mohd Ghazali yang merupakan orang kuat di sebalik kejayaan program JDAB2012.

Antara foto-foto yang sempat dirakam di sekitar Danau Kota :

Syed Aiman memberi taklimat kepada rakan artis
Pengerusi MDAB Mohd Faizal Daud menerangkan sesuatu kepada barisan artis
Aizuddin Mohd Ghazali menerangkan mengenai program pembelajaran MDAB 
Tasha Shilla & Gambit dengan risalah dan borang maklumat yang bakal diedar kepada masyarakat
Zamarul Hisham memberi penerangan kepada pengunjung Uptown

Kemunculan Fida menarik perhatian pengunjung Uptown
Adik-beradik Linda Rafar dan Diana Rafar
Tasha Shilla bersama Skuad JDAB2012 bersama masyarakat pengunjung
Danny menerangkan mengenai program MDAB
Aida AF9 bersama Skuad JDAB2012 memujuk peniaga muda Uptown untuk sambung pelajaran
Zamarul Hisham bersama pengunjung Uptown 
Zamarul Hisham dan Mohd Faizal Daud memberi maklumat program MDAB.
Fida bersama seorang sukarelawan Skuad JDAB2012 memberi maklumat program
Fida mula dikerumuni peminatnya yang terkejut kemunculannya dengan pakaian MDAB

Sporting - Danny membenarkan seorang pengunjung mengisi borang maklumat diri dengan beralaskan badannya.
Pujuk - Danny memujuk seorang anak muda agar menyambung pelajaran 
Aida AF9 menggunakan pentas karaoke untuk memberi maklumat MDAB
Danny X-Factor berjenaka dengan seorang anak kecil
Penat - barisan artis merehatkan diri setelah selesai memberi maklumat kepada pengunjung Uptown
Zamarul Hisham dan isteri Linda Rafar
Ketawa - Tasha Shilla ketawa apabila disakat oleh Danny X-Factor

Danny & Tasha Shilla mengucapkan 'good luck' kepada Skuad JDAB2012
Syahir AF8 tersenyum puas apabila dapat menyumbang tenaga kepada siri JDAB2012
Sukarelawan JDAB2012 bersama adik kecil pengunjung Uptown.
Banyak lagi foto menarik akan dimuat-naik esok.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved