Home » » PERHATIAN !!! Maklumat Terkini #JDAB2012 dikeluarkan.Ada sinar harapan untuk Rakyat Melaka Hari Ini..cc @NajibRazak @datosahol @JelajahDestini

PERHATIAN !!! Maklumat Terkini #JDAB2012 dikeluarkan.Ada sinar harapan untuk Rakyat Melaka Hari Ini..cc @NajibRazak @datosahol @JelajahDestini

Written By Destini Anak Bangsa on Thursday 24 May 2012 | 03:48

Dato' Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam

Dato' Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka) dan Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM) akan hadir pada program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) di sekitar Melaka hari ini. 

Berikut ialah jadual program di Melaka: 

8:00 Pagi - Masjid Tanah
9:00 Pagi - Rembia
10:30 Pagi - Melaka Sentral
12:00 Pagi - Jasin
2:00 Petang - Dewan Dato Demang Hussin, Bukit Katil Melaka (Bersama YAB Ketua Menteri Melaka)

Kepada adik-adik sekalian, 
Setakat hari ini, admin dihujani banyak pertanyaan di laman FACEBOOK dan TWITTER daripada adik-adik yang ingin mengetahui status terkini JDAB. Admin lihat respon daripada adik-adik sekalian amat baik sekali kerana bertanya dimedia baru. Ini satu perkembangan positif buat adik-adik kerana persoalan yang diajukan oleh adik-adik sekali membuktikan adik berminat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti khususnya UiTM. 
Di sini admin ingin kongsikan sedikit maklumat yang baru sahaja diterima daripada pihak pengurusan jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB). Untuk pengetahuan adik yang disayangi. Setakat hari ini pihak JDAB telah menerima sebanyak 42,826 permohonan daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM 2,000.00. Salah satu syarat Utama kemasukan ke program JDAB ialah jumlah pendapatan keluarga harus bawah RM 2,000.00 sebulan. Sekiranya adik merasakan ada menghantar borang permohonan yang tertulis pendapatan keluarga bawah RM 2,000.00. Ini bermakna adik telah melepasi syarat pertama pemilihan ke program JDAB. 
Untuk pengetahuan adik-adik yang disayangi, syarat lain kemasukan program JDAB ialah adik perlu mendapat KREDIT dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam SPM sebelum membuat permohonan JDAB. 
Pihak JDAB telah menerima sebanyak 6,852 rayuan kemasukan ke UiTM setakat 23 Mei 2012. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,911 orang telah diluluskan oleh Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM) untuk kemasukan ke Program JDAB dan Rayuan kemasukan ke UiTM. 
Admin faham, adik sekarang ini tengah risau adakah permohonan adik berjaya atau tidak. Ok, melalui maklumat yang admin terima. Adik boleh semak status permohonan Rayuan ke UiTM dan Permohonan ke JDAB bermula 2 Jun 2012 di laman http://www.uitm.edu.my 
Setakat ini sahaja maklumat yang ingin admin kongsikan buat masa ini. Kalau ada maklumat terbaru insya'allah admin akan kongsikan di sini. 

Sebelum admin undur diri, admin nak kongsikan sedikit gambar tentang program pada hari semalam...

KUANTAN
Sdr Faizal Daud memberi taklimat kepada pelajar UiTM Kuantan

Masyarakat sekitar Kuantan tidak melepaskan peluang mengisi borang permohonan JDAB



Sukarelawan JDAB sedang menerangkan kandungan Program JDAB
kepada peniaga di Pasar Besar Kuantan




PEKAN



Seorang pelajar lepasan SPM turut hadir mengisi borang permohonan JDAB




Sdr. Faizal Daud sedang berbincang dengan masyakat sekitar Pekan tentang program JDAB

Sdr Aizuddin Ghazali sedang meneliti borang permohonan
TEMERLOH


Sdr. Aizuddin sedang menerangkan kandungan program JDAB kepada masyarakat sekitar Temerloh

Tangisan kegembiraan adik Nur Amylia kerana dapat ditawarkan Kursus Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di UiTM di Caw. Jengka..Adik Nur Amylia telah menunggu kami di sini dari jam 11 pagi lagi.

Sdr. Aizuddin Ghazali (Pegawai Khas Dato' Sahol) bergambar bersama keluarga Adik Nur Amylia

Keputusan Peperiksaan SPM adik Amylia.

*admin harap adik dapat hadir di Dewan Dato Demang Hussin...Insya'allah  Dato' Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka) dan Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM) akan hadir..ikut pengalaman, kalau Dato' Sahol ada bersama skuad JDAB maka kelulusan ke Program JDAB akan dapat tahu serta-merta..

Dapatkan maklumat terkini mengenai program JDAB di FACEBOOK dan TWITTER kami..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved