Home » » Pengenalan tentang "Jelajah UiTM di hati rakyat 1Malaysia"

Pengenalan tentang "Jelajah UiTM di hati rakyat 1Malaysia"

Written By Destini Anak Bangsa on Friday 15 February 2013 | 21:40



Jelajah UiTM di Hati Rakyat 1Malaysia (UDHR 1Malaysia) merupakan satu siri jelajah ke seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Destini Anak Bangsa.

Siri jelajah ini akan memberi fokus kepada kesedaran pendidikan kepada masyarakat betapa pentingnya kelangsungan pendidikan tinggi dalam kehidupan. Dalam masa yang sama, siri jelajah ini akan membantu mengenalpasti kumpulan sasar ini dalam meneruskan pembelajaran dan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka dengan bantuan agensi-agensi kerajaan.

Program yang dijangka melibatkan jangka waktu selama 20 hari ini akan disertai oleh 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan UiTM, para pemimpin pelajar UiTM, kakitangan Yayasan Destini Anak Bangsa dan Jawatankuasa Gerakan Destini Anak Bangsa.

Dalam masa yang sama aspirasi YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dalam memberi penekanan kepada rakyat melalui program 'Rakyat didahulukan' akan diguna pakai secara menyeluruh dalam program ini melalui pendekatan turun padang sehingga ke akar umbi.


Siri jelajah akan membantu untuk mengenalpasti golongan rakyat atau kumpulan sasar yang betul-betul memerlukan bantuan dalam pendidikan. Hasrat ini akan diterjemahkan secara langsung melalui program mencari, mengenalpasti dan membantu kumpulan sasar yang akan dilaksanakan nanti.

Adalah diharapkan dengan perlaksanaan program ini akan memberikan satu semgnat baru kelompok Bumiputera Malaysiaterutama golongan kurang berkemampuan dalam meneruskan aspirasi mereka untuk melanjutkan pelajaran seterusnya Mengubah Destini Anak Bangsa ke peringkat yang lebih gemilang.

sars
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved