Home » » #JDAB2013 : Naib Canselor rasmi Program Kesukarelawan Perdana UiTM 2013

#JDAB2013 : Naib Canselor rasmi Program Kesukarelawan Perdana UiTM 2013

Written By Destini Anak Bangsa on Thursday 21 February 2013 | 22:02


KELANTAN, 21 Februari - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof. Dr. Ir. Sahol Abdul Hamid mengingatkan para pelajar UiTM supaya berkongsi ilmu dan menimba pengalaman dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian di hadapan 5,000 orang ketika merasmikan Program Sukarelawan Perdana UiTM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah hari ini.


Jelasnya, program ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa untuk turun padang memberikan khidmat kepada masyarakat luar bandar.

"Dengan program ini, para mahasiswa dapat membuka mata mereka untuk melihat realiti kehidupan di luar kawasan atau zon selesa mahasiswa.

"Program ini juga sebagai sebuah platform dalam proses pembentukan nilai insan dan ihsan dalam diri setiap mahasiswa yang terlibat.

Program yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan dijalankan di enam buah kampung di Machang, lapan buah kampung di Tanah Merah dan tujuh buah Jeli, Kelantan melibatkan 1,000 mahasiswa UiTM bermula hari ini.

Sahol turut meluangkan masa meluluskan beberapa permohonan ke UiTM dan beramah mesra bersama ibu bapa pelajar.



Sebelum itu, skuad JDAB2013 telah ke Pasar Jelawat, Bachok pada sebelah pagi. Mereka seterusnya menuju ke bandar Jeli mencari pelajar-pelajar daripada kalangan keluarga miskin tegar yang layak untuk memasuki UiTM.

Turut serta sepanjang jelajah di Kelantan ialah beberapa artis terkenal tanah air iaitu Adira AF, Saiful Apek, Syed Aiman, Danny X-Factor dan Emma.

Skuad JDAB2013 akan berada di Dungun, Terengganu esok (22 Februari 2013) sebagai lokasi seterusnya dalam siri Jelajah Destini Anak Bangsa 2013.


Rakaman Lensa Sekitar Jelajah di Kelantan





sars
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved