Home » » #JDAB2013 - Perdana Menteri Lancar Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) 2013

#JDAB2013 - Perdana Menteri Lancar Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) 2013

Written By Destini Anak Bangsa on Sunday 24 February 2013 | 21:47


PORT DICKSON, 24 Februari - Rakyat berpendapatan rendah sama ada di bandar atau luar bandar akan terpinggir dan ketinggalan daripada arus pembangunan negara sekiranya kerajaan melaksanakan model pembangunan sosialis yang menidakkan prinsip keadilan sosial dan meritokrasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata justeru apa sahaja yang menjadi penghalang kepada prinsip ini mesti diubah dan diruntuhkan supaya keadilan sosial menjadi kenyataan dan realiti bersesuaian dengan satu daripada tonggak dalam gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata demikian di hadapan 20,000 orang termasuk belia India semasa berucap melancarkan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) 2013, di Politeknik Port Dickson di sini, hari ini.


Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kaum India, khusus untuk mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar.

Mereka akan mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan setiap orang berpeluang menyertai pengajian yang lebih tinggi tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum ataupun persaingan kesaksamaan.

Justeru itu, Politeknik dengan kerjasama Yayasan Mengubah Destini Anak Bangsa (YMDAB) menyasarkan pengambilan pelajar seramai 1600 orang pada tahun pertama untuk ditempatkan di 20 buah Politeknik seluruh negara.



sars
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved