Home » » Skuad #JDAB2013 masuk kampung buru pelajar miskin di Dungun

Skuad #JDAB2013 masuk kampung buru pelajar miskin di Dungun

Written By Destini Anak Bangsa on Friday 22 February 2013 | 22:21



DUNGUN, 22 Februari - Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) hari ini berada di Terengganu bagi meneruskan misi mencari pelajar-pelajar daripada keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun menjadi lokasi seterusnya selepas menjelajah di Kelantan pada semalam.

Seperti biasa, perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi secara percuma mendapat sambutan hangat oleh para penduduk sekitar. Tidak kurang hebatnya, orang ramai mengambil kesempatan mencari peluang di Pameran Kerjaya 1 Malaysia yang merupakan salah satu aktiviti di sana.

Sebahagian peserta Skuad JDAB2013 telah dihantar ke kampung berdekatan untuk mencari pelajar dan membuat soal selidik.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 3.00 petang. Skuad JDAB2013 meneruskan perjalanan ke negeri Pahang untuk program yang sama di Bentong pada esok (23 Februari 2013) .


Gambar sekitar program








sars
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved