Home » » UiTM janji tempat buat anak-anak anggota polis yang terkorban!

UiTM janji tempat buat anak-anak anggota polis yang terkorban!

Written By Destini Anak Bangsa on Thursday 7 March 2013 | 16:02


KANGAR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memastikan anak-anak pegawai dan anggota polis yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Sabah mendapat tempat sewajarnya di UiTM, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar semalam.

Menurutnya, pada masa ini, empat anak-anak anggota yang terkorban telah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dilakukan bagi memastikan kemungkinan ada lagi anak-anak anggota yang berkelayakan diberi tempat di institusi pengajian tinggi itu.

UiTM amat menghargai jasa pahlawan yang gugur semasa mempertahankan tanah air dan anak-anak pahlawan itu akan diberi tempat yang sewajarnya di UiTM, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau hari ini.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved