Universiti Teknologi Mara (UiTM) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya menanam 2,013 batang pokok Meranti Bukit di kampus induknya di sini serta 13 lagi cawangannya secara serentak hari ini sempena program ''Going Green UiTM 2013''.
Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah berkata penanaman pokok itu perlu menjadi contoh kepada universiti lain serta badan korporat untuk menanam pokok bagi menghidupkan suasana hijau.
Usaha menanam pokok itu dilakukan dengan kerjasama Landskap Malaysia. Beliau berkata kepentingan pokok dan hutan kepada manusia tidak dapat dinafikan dan pemeliharaannya dapat membantu generasi akan datang untuk mengenali jenis hutan yang ada beserta ekosistemnya.
"Banyak manfaat yang kita peroleh jika hutan yang ada kita jaga dan pulihara dengan baik kerana masih banyak khazanah hutan boleh diteroka untuk dipelajari.
"Malah hutan juga menawarkan pelbagai jenis ubatan kalau kita betul-betul menghayatinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut disini.
Turut hadir bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Landskap Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. - BERNAMA
RUJUKAN SELANJUTNYA DI LAMAN RASMI UiTM

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !