Home » , , , » Tahniah Kepada Ayahanda @datosahol Diatas Perlantikan Semula Sebagai Naib Canselor #UiTM

Tahniah Kepada Ayahanda @datosahol Diatas Perlantikan Semula Sebagai Naib Canselor #UiTM

Written By Hafiz Al-Din on Thursday 2 January 2014 | 12:17

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, pelantikan semula Dr Sahol Hamid adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan kementerian di samping memastikan kesinambungan pelan pembangunan UiTM berjalan lancar.

"Kementerian Pendidikan berharap agar pelantikan semula ini dapat membantu UiTM untuk menghasilkan graduan Bumiputera yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

"Di samping itu, kementerian juga berharap agar pencapaian UiTM dapat dipertingkatkan menerusi pemantapan barisan kepimpinan dan organisasi, kualiti staf akademik, kualiti pembelajaran dan pengajaran dan pembangunan aplikasi sains dan teknologi," katanya.

SUMBER: BH
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved