Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata justeru apa sahaja yang menjadi penghalang kepada prinsip ini mesti diubah dan diruntuhkan supaya keadilan sosial menjadi kenyataan dan realiti bersesuaian dengan satu daripada tonggak dalam gagasan 1Malaysia.
Perdana Menteri berkata demikian di hadapan 20,000 orang termasuk belia India semasa berucap melancarkan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) 2013, di Politeknik Port Dickson di sini, hari ini.
Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kaum India, khusus untuk mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar.
Mereka akan mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan setiap orang berpeluang menyertai pengajian yang lebih tinggi tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum ataupun persaingan kesaksamaan.
Justeru itu, Politeknik dengan kerjasama Yayasan Mengubah Destini Anak Bangsa (YMDAB) menyasarkan pengambilan pelajar seramai 1600 orang pada tahun pertama untuk ditempatkan di 20 buah Politeknik seluruh negara.
sars
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !