Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun menjadi lokasi seterusnya selepas menjelajah di Kelantan pada semalam.
Seperti biasa, perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi secara percuma mendapat sambutan hangat oleh para penduduk sekitar. Tidak kurang hebatnya, orang ramai mengambil kesempatan mencari peluang di Pameran Kerjaya 1 Malaysia yang merupakan salah satu aktiviti di sana.
Sebahagian peserta Skuad JDAB2013 telah dihantar ke kampung berdekatan untuk mencari pelajar dan membuat soal selidik.
Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 3.00 petang. Skuad JDAB2013 meneruskan perjalanan ke negeri Pahang untuk program yang sama di Bentong pada esok (23 Februari 2013) .
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !