Itulah yang kami mampu ucapkan di atas pengiktirafan beliau terhadap program Mengubah Destini Anak Bangsa yang terus mengorak langkah untuk memastikan supaya tiada rakyat yang terpinggir daripada arus pendidikan hanya kerana dibelenggu kemiskinan.
Jika dahulu program Mengubah Destini Anak Bangsa dengan kerjasama UiTM hanya untuk pelajar Melayu dan Bumiputera di mana setiap tahun sebanyak 5,000 tempat disediakan untuk pelajar lepasan SPM mengikuti program MDAB di UiTM seluruh negara, kini ia diperluaskan kepada seluruh warganegara bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia.
Selepas melancarkan program Mengubah Destini Anak Orang Asli, YAB Perdana Menteri sekali yang juga penaung kepada Yayasan Destini Anak Bangsa mengorak setapak ke hadapan dengan melancarkan program Mengubah Destini Anak India Malaysia yang dilancarkan di Port Dickson tempoh hari.
Jika program MDAB pelajar-pelajar yang terpilih ditempatkan di UiTM, melalui program MDAIM ini pula, pelajar-pelajar berbangsa India yang terpilih akan ditempatkan di seluruh Politeknik di negara ini untuk membolehkan mereka mengubah destini keluarga mereka.
Mcm ni la bagus!
ReplyDelete