Home » » GAMBAR #JDAB2012 : Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) telah dilancarkan di #UiTM Shah Alam.

GAMBAR #JDAB2012 : Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) telah dilancarkan di #UiTM Shah Alam.

Written By Destini Anak Bangsa on Wednesday 9 May 2012 | 11:42

Sebentar tadi bertempat di UiTM Shah Alam telah berlangsungnya pelancaran Program Jelajah Destini Anak Bangsa Fasa 2. Program yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga 26 Mei 2012 yang mana akan mengelilingi Malaysia dengan satu matlamat mahu membantu Anak Bangsa yang tidak berpeluang mendapatkan pendidikan disebabkan faktor kemiskinan.

Berikut ialah beberapa keping gambar yang sempat dirakam dalam Upacara Perasmian pagi tadi di UiTM Shah Alam. Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Haji Khairi Malek telah melepaskan para peserta Jelajah Destini Anak Bangsa sebagai suatu simbolik bermulanya Jelajah Destini Anak Bangsa Fasa ke-2 ini .

Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Haji Khairi Malek dan beberapa orang wakil daripada Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dalam satu Sidang Media yang diadakan sebelum Upacara Flag Off pelepasan Jelajah Destini Anak Bangsa


Seramai 70 orang sukarelawan Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) yang terdiri daripada Alumni UiTM dan Penuntut UiTM..

Flag Off : Konvoi Jelajah Destini Anak Bangsa telah dilepaskan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Haji Khairi Malek di Dewan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam



Bas yang digunakan sepanjang Jelajah Destini Anak Bangsa Fasa 2 ini.

Para Sukerelawan Misi Jelajah Destini Anak Bangsa akan berusaha mencari dan mengenal pasti kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dari tahun 2006-2011 yang tiada rezeki menyambung pelajaran kerana faktor kemiskinan. Disebabkan perkara ini, misi utama Sukarelawan adalah untuk memberikan bantuan semampu yang mungkin supaya pelajar lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran akan diberi peluang belajar di UiTM selama 6 Bulan / 1 Semester...

Untuk jadual pergerakan Hari ini boleh rujuk di [SINI]
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved