Home » » #JDAB2012 : LAPORAN TERKINI SIRI JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA DI NEGERI SEMBILAN.

#JDAB2012 : LAPORAN TERKINI SIRI JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA DI NEGERI SEMBILAN.

Written By Destini Anak Bangsa on Wednesday 9 May 2012 | 21:05

Shah Alam 9 Mei - Program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) Fasa 2 telah bermula secara rasmi hari ini. Program yang berlangsung hingga 26 Mei 2012 akan menjelajah keseluruh pelusuk negara untuk menemui dan mencari masyarakat yang mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Program JDAB ini dianjurkan oleh Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB). Program ini telah mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). JDAB yang dinaugi oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan bahawa beliau komited untuk mewujudkan sebuah generasi intelektual pada masa hadapan. 

Aktiviti pada hari ini dimulakan dengan upacara Flag Off yang dilepaskan oleh SETPOL Menteri Pengajian Tinggi Hj. Khairi Malek di Dewan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam. Konvoi Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB 2012) telah menuju ke beberapa lokasi di Negeri Sembilan.

Kini para sukarelawan Jelajah Destini Anak Bangsa selamat tiba di UiTM Segamat untuk bermalam di sini. Pada keesokan hari, JDAB2012 akan meneruskan jelajah disekitar negeri Johor untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah ekonomi untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM.

Berikut ialah laporan harian perjalanan sepanjang program JDAB 2012 hari ini.

Flag Off : JDAB2012 oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Haji Khairi Malek di Dewan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam

Sukarelawan JDAB2012 sedang menemubual masyarakat sekitar di Terminal One, Seremban.


JDAB2012 tiba di SMK Datuk Mohd Yusuf, Linggi Negeri Sembilan
Sukarelawan JDAB2012 meneliti pelajar SPM SMK Datuk Mohd Yusuf

Di SMK Datuk Mohd Yusuf, para sukarelawan JDAB 2012 telah bertemu dengan calon-calon SPM dalam satu sesi untuk menjalankan sesi soal selidik. Skop tumpuan dalam sesi soal selidik ini ialah maklumat diri dan jumlah pendapatan keluarga secara rawak.



Dalam satu sesi di sini pengetua, pelajar dan para sukarelawan JDAB 2012 telah mendengar taklimat mengenai program pembelajaran Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). 

Taklimat tersebut telah berkisar kepada Syarat Kemasukan MDAB, Syarat AM dan Kemudahan yang diperolehi para peserta yang akan mengikuti Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

SYARAT KEMASUKAN MDAB : 
  • Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan. 
  • Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini. 
  • Bumiputera Warganegara Malaysia.  
  • Lepasan SPM tahun : 2011, 2010, 2009, 2008, 2007 & 2006. 
SYARAT AM & KHAS PROGRAM :PD0002 (Pra Diploma Perdagangan) 
1. Tempoh Pengajian : 6 bulan/ 1 semester
2. Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
3. Lulus Matematik/Matematik Tambahan
4. Lulus Bahasa Inggeris

KEMUDAHAN JDAB1M : 
1. Yuran pengajian PERCUMA.
2. Asrama disediakan percuma.
3. Elaun sara diri (bulanan) diberikan kepada pelajar.

Para sukarelawan JBAB2012 sedang memberi sedikit penerangan mengenai program pembelajaran Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) di Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah 

"Teruskan Bersama Kami untuk Mengetahui Maklumat Terkini Program Jelajah Destini Anak Bangsa 2012"
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved