Home » » GAMBAR 'WALKABOUT' @JelajahDestini di KEDAH.. CC @datosahol

GAMBAR 'WALKABOUT' @JelajahDestini di KEDAH.. CC @datosahol

Written By Destini Anak Bangsa on Sunday 20 May 2012 | 08:00

Misi Jelajah Destini Anak Bangsa semalam telah menjelajah sekitar negeri Kedah. 3 buah lokasi telah dipilih iaitu Pasar Pagi (Jitra), Pekan Rabu (Alor Setar) dan Terminal Bas Shahab Perdana. Seramai 200 orang pelajar lepasan SPM telah mengisi borang permohonan kemasukan Program Jelajah Destini Anak Bangsa di sini.

Berikut ialah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera para petugas media.

Pasar Pagi Jitra



En. Jahari Idrus sedang menulis surat permohonan kemasukan ke
program JDAB untuk anak saudaranya yang masih menunggu panggilan UPU.
Semoga anak saudaranya dapat mengikuti program ini..Amin....


Pekan Rabu, Alor Setar

Masyarakat sekitar Alor Setar mula berkumpul menantikan ketibaan konvoi utama JDAB
yang sedang dalam perjalanan ke sini..semoga harapan hari ini akan menjadi kejayaan pada hari esok..

Salah seorang pemohon sedang menyusun sijilnya bagi memudahkan urusan permohonan JDAB



Ashraaf Adilah bergambar berrsama 3 orang rakannya


Pn. Roshadah sedang mendengar penerangan daripada seorang Sukarelawan JDAB. 
M. Faizal Daub (Pengarah JDAB) dan En. Aizuddin sedang memeberi
penerangan kepada para pemohon JDAB

Ashraaf Adilah yang baru menerima tawaran masuk ke UiTM
turut membawa 3 rakannya untuk mengisi permohonan JDAB
TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA



Pn. Roshadah Akmal sedang mendengar penerangan daripada sukarelawan JDAB.
Beliau amat tertarik dengan program ini dan mahu anak bongsunya menyertai program ini.
Beliau amat bersungguh-sungguh sehingga mengikuti kami
dari Pekan Rabu hingga ke Terminal Bas Shahab Perdana


Seorang pelajar lepasan SPM sedang mengisi
borang JDAB di Terminal Bas Shahab


Pelajar lepasan SPM tidak melepaskan peluang mengisi
borang kemasukan permohonanJDAB. 

Sekalung penghargaan kepada Mahasiswa/i UiTM Merbok Kedah yang turut
bersama dalam misi Jelajah Destini Anak Bangsa


Dapatkan maklumat terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB2012) di TWITER @JelajahDestini, HASHTAG #JDAB2012 & FACEBOOK [SINI]
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved