Home » » Penantian Pelajar Lepasan SPM yang Memperolehi 5A SPM untuk Melanjutkan Pengajian di UiTM termakbul di @JelajahDestini

Penantian Pelajar Lepasan SPM yang Memperolehi 5A SPM untuk Melanjutkan Pengajian di UiTM termakbul di @JelajahDestini

Written By Destini Anak Bangsa on Sunday 20 May 2012 | 02:11

Dato Prof. Ir. Dr. Sahol menandatangani surat pengesahan
kemasukan adik Ashraaf ke UiTM sambil ditemani bapanya 

'Tuah Ayam Nampak Dikaki, Tuah Orang Siapa yang Tahu'. Itulah ungkapan yang sesuai digunakan untuk mengambarkan penantian adik Ashraaf Adilah Bin Abdullah yang telah berjaya ditempatkan di UiTM. 


Sebelum ini, adik Ashraaf yang memperolehi keputusan  5A dalam SPM gagal dalam permohonan UPU kemasukan ke IPT tempatan. Mendapat tahu apabila namanya tidak tersenarai dalam pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke Universiti, dia telah membuat rayuan untuk ambilan seterusnya.

Penantian adik Ashraaf selama ini untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti akhirnya berjaya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa kehadirannya ke Program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) bertempat SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas merupakan mimpi indah yang selama ini diidam-idamkan.


Ketika ditanya, Adik Ashraaf amat beryukur kepada Allah S.W.T kerana berkat doa dan usahanya selama ini termakbul. Adik Ashraaf merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak atas ilham beliau membantu anak bangsa serta ucapan terima kasih kepada Dato Prof. Ir. Dr. Sahol yang telah memberinya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UiTM untuk ambilan akan datang. Penuntut lepasan SPM dari Baling itu juga merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapanya yang menghantarnya ke sini. 


Semalam, adik Ashraaf hadir bersama 3 orang rakannya di Pekan Rabu, Alor Setar untuk membantu rakannya membuat permohonan kemasukan ke UiTM. Usaha murni adik Ashraaf harus dipuji kerana beliau juga sedar masih ramai lagi anak bangsa yang tidak bernasib baik perlu dibantu. Sama-sama kita berdoa agar lebih ramai anak bangsa diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.

*Jelajah Destini Anak Bangsa semalam telah berjaya mengumpulkan 200 permohonan lagi di sekitar Pasar Pagi Jitra, Pekan Rabu dan Terminal Bas Shahab Perdana.

Dapatkan maklumat terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB2012) di BLOG [SINI] TWITER @JelajahDestini, HASHTAG #JDAB2012 & FACEBOOK [SINI].

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved