Home » » Jelajah Destini Anak Bangsa (#JDAB2012) Hanya untuk Orang Susah. cc @NajibRazak @datosahol @JelajahDestini

Jelajah Destini Anak Bangsa (#JDAB2012) Hanya untuk Orang Susah. cc @NajibRazak @datosahol @JelajahDestini

Written By Destini Anak Bangsa on Monday 28 May 2012 | 13:20



HE agak terkejut apabila Blog Destini Anak Bangsa mendapat sambutan yang menggalakkan yang mana secara puratanya mencapai jumlah capaian 500 orang pengunjung setiap hari. Blog yang baru berusia 20 hari ini telah mencapai hit Alexa pada kedudukan 1,387 dalam capaian link internet teramai di Malaysia. 

Bukan mudah untuk sesebuah blog yang belum sampai sebulan untuk capai ke tahap 1,000 terbaik. Kandungan yang terdapat di dalam blog rasmi ini sebenarnya sedikit membantu masyarakat Seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan berita mutakhir megenai Program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB).

Penganjuran program seumpama ini adalah untuk membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke UiTM secara PERCUMA.

Kandungan kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains. Syarat untuk melayakkan seseorang mengikuti kursus ini ialah:
  1. Lepasan SPM tahun 2006 hingga 2011 
  2. Pendapat keluarga dibawah RM 2,000
  3. 3 Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Ada juga pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tetapi tercicir pengambilan ke Universiti hadir ke JDAB untuk bertanya sendiri kepada Dato Sahol (NC UiTM). Segelintir pelajar yang berjumpa Dato Sahol telah mendapat kelulusan serta-merta masuk ke UiTM apabila permohonan rayuannya menepati syarat yang ditetapkan.

Program ini untuk membantu orang susah tetapi HE agak kesal apabila ada pemohon JDAB yang hadir bersama keluarga dengan menaiki kereta BESAR. 

Ada juga pemohon yang menipu Dato' Sahol bahawa dia tidak dapat penempatan ke Universiti tetapi sebenarnya dia telah menerima surat tawaran. Selepas penyemakan dan penelitian didapati pelajar tersebut sebenarnya telah mendapat surat tawaran ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Perkara ini sebenarnya telah menyusahkan banyak pihak khususnya pihak UniMAP dan UiTM sendiri. Inikah perangai bakal mahasiswa yang tahu menipua?

Kes lain berlaku apabila ada ramai pemohon yang menipu jumlah pendapatan keluarga mereka kononnya bawah RM 2,000.00. Apabila semakan dibuat, didapati pendapatan keluarga mencecah RM 10,000.00. Fikir-fikirkanlah...-HarapanEsok
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved