Home » » UiTM tawar 10,000 tempat pelajar gagal ke IPT...

UiTM tawar 10,000 tempat pelajar gagal ke IPT...

Written By Destini Anak Bangsa on Monday 28 May 2012 | 23:18


Pemohon yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan 10,000 tempat untuk program khasnya.

Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma, praperdagangan dan prasains selama 16 minggu di kampus cawangan UiTM seluruh negara.

Naib Canselornya, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kerajaan menyedari persaingan hebat untuk memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga.

“Program ini memberi mereka peluang meneruskan pengajian di UiTM dan memilih bidang pengajian bersesuaian sama ada pada peringkat diploma dan ijazah selepas menamatkan program khas berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada program khas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia yang diperkenalkan tahun ini anjuran Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM.

“UiTM dan GDAB turun padang melihat pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari mereka di kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian untuk dibantu.

“Ini atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu kita menjelajah, termasuk di kawasan luar bandar untuk membantu supaya mereka tidak ketinggalan pendidikan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan surat tawaran kemasukan UiTM dan taklimat kemasukan menerusi program yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Pondok Moden Jeli di sini, semalam.

Sahol Hamid berkata, setakat ini program itu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung yang diadakan di sembilan negeri dan daripada jumlah itu lebih 3,800 pelajar memenuhi syarat minimum kemasukan sudah menerima tawaran berkenaan.-22/5/2012 -AD
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved