Home » » Laporan #JDAB2012 Sekitar Majlis Pelancaran di Melaka. @JelajahDestini @datosahol @NajibRazak

Laporan #JDAB2012 Sekitar Majlis Pelancaran di Melaka. @JelajahDestini @datosahol @NajibRazak

Written By Destini Anak Bangsa on Thursday 31 May 2012 | 12:39


Pada 24 Mei yang lalu, Jelajah Destini Anak Bangsa telah ke negeri Melaka untuk menamatkan siri jelajahnya di semenanjung Malaysia sebelum menyambung siri jelajah ke Sarawak pada Jun ini.

Sepanjang siri penjelajahan di Melaka ini, penulis merasakan rakyat Melaka ini mempunyai keunikan tersendiri yang mana bila bicara tidak lekang dik pantun. Mungkin bagi masyarakat Melaka itu perkara biasa dalam kehidupan mereka tetapi bagi penulis yang bukan berasal dari Melaka dan jarang ke negeri ini terasa keunikan tersendiri jika hendak dibanding dengan negeri lain sepanjang siri Jelajah.

Majlis Pelancaran di sini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka di Dewan Dato' Demang Hussin, Bukit Katil. 

Antara hadir pada majli tersebut ialah :
  1. Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustan, Ketua Menteri Melaka
  2. Datuk Wira Hj Othman Bin Muhamad, Speaker DUN Melaka
  3. Daro' Prof Ir Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM
  4. Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Bin Hj. Hitam, Rektor UiTM Cawangan Melaka
  5. Datuk Md. Sirat Bin Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil
  6. Prof Madya Mohd Hanafiah Bin Harun, Pengarah Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
  7. En. Faizal Bin Daud, Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa

Majlis ini turut dihadiri lingkungan 500 orang masyarakat sekitar Melaka. Dalam pada itu, satu majlis penyerahan Surat Tawaran kemasukan UiTM melalui program MDAB turut diadakan. 

Berikut ialah Gambar sekitar Majlis Pelancaran JDAB Peringkat Negeri Melaka...














*Semua permohonan JDAB yang dibuat semasa siri JELAJAH DI SEMENANJUNG sedang diproses. Teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat terkini

Dapatkan maklumat terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB2012) di TWITER @JelajahDestini, HASHTAG #JDAB2012 & FACEBOOK [SINI].
Share this article :

1 comment:

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved