Home » , , » Lebih 1000 Orang Pelajar UiTM Sarawak Meriahkan Iftar Perdana Kembara Ramadhan

Lebih 1000 Orang Pelajar UiTM Sarawak Meriahkan Iftar Perdana Kembara Ramadhan

Written By Yuseri Yusoff on Tuesday, 30 July 2013 | 08:58

KOTA SAMARAHAN - Seramai 400 orang pelajar MDAB dari kampus UiTM Kota Samarahan, Sarawak diraikan dalam Iftar Perdana Kembara Ramadhan Yayasan Destini Anak Bangsa bersama Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid kelmarin.

Sejak dilancarkan minggu lalu, siri kembara amal anjuran kakitangan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) ini telah berjaya meraikan lebih 2,000 pelajar MDAB dari seluruh kampus UiTM di semenanjung.

Program amal yang melibatkan 10 orang kakitangan YDAB bersama Ketua Pegawai Eksekutif mereka iaitu Dato Aizuddin Mohd Ghazali, selain meraikan para pelajar dalam majlis berbuka puasa, mereka turut menyampaikan sumbangan wang zakat serta bantuan bagi meringankan beban para pelajar menjelang musim perayaan.

Program Iftar Perdana Kembara Ramadhan yang diadakan semalam turut dihadiri Rektor UiTM Sarawak Dato Prof. Dr. Jamil Hj. Hamali selain dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 orang pelajar dari kampus tersebut.
 

Share this article :

1 comment:

  1. Terima kasih atas jamuan berbuka...

    ReplyDelete

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved