Home » , , » Seramai 462 Pelajar UiTM Pulau Pinang Diraikan Kembara Ramadhan

Seramai 462 Pelajar UiTM Pulau Pinang Diraikan Kembara Ramadhan

Written By Yuseri Yusoff on Monday 22 July 2013 | 21:24

CEO YDAB, Dato Aizuddin melayan menyediakan juadah berbuka buat pelajar

20 JULAI - Seramai 462 orang pelajar yang sedang mengikut pengajian Pra Diploma Sains dan Perdagangan MDAB diraikan dalam Kembara Ramadhan bertempat di Pusat Islam UiTM, Pulau Pinang kelmarin.

Selain pelajar MDAB dari kampus berkenaan, seramai 40 orang anak yatim dari pusat pengajian tahfiz berdekatan turut diraikan kakitangan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) melalui majlis berbuka puasa dan sumbangan wang zakat.


Majlis yang dihadiri Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Mohd Syukri  Abdullah turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah MDAB Prof. Madya Hanafiah Harun di mana beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa berusaha bagi mencapai sesuatu kejayaan.

CEO YDAB, Dato Aizuddin memberi kata-kata peransang
kepada anak-anak yatim dari pusat tahfiz

Setakat tiga buah kampus UiTM yang kami lawati, lebih 1000 pelajar di bawah MDAB telah diraikan melalui majlis berbuka puasa selain sumbangan wang zakat sebagai persediaan mereka menjelang musim perayaan.

Selain itu Ketua Pengawai Eksekutif YDAB, Dato Aizuddin Mohd Ghazali turut memaklumkan bahawakakitangan YDAB melalui Kembara Ramadhan akan berada di UiTM Melaka esok (hari ini) bersama barisa artis popular tanahair.




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved