Home » » Lebih 400 Pelajar MDAB UiTM Sri Iskandar, Dirai Program Kembara Ramadhan

Lebih 400 Pelajar MDAB UiTM Sri Iskandar, Dirai Program Kembara Ramadhan

Written By Yuseri Yusoff on Saturday 20 July 2013 | 00:15

19 JULAI - Seramai 427 orang pelajar diraikan dalam program Kembara Ramadhan Yayasan Destini Anak Bangsa bertempat di UiTM Sri Iskandar, hari ini.

Siri Kembara Ramadhan yang selesai meraikan pelajar UiTM Machang kelmarin sebelum tiba di kampus UiTM Sri Iskandar, merupakan  pertama kali dianjurkan dan akan dijadikan program tahunan sebagaimana Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB).

Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Rektor UiTM Sri Iskandar Ir. Prof. Dr. Hajah Zainab Mohammed, mereka turut diberikan bantuan wang zakat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato'Aizuddin Mohd Ghazali sebelum bergerak ke kampus UiTM Pulau Pinang.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved