Mari kita berhibur sambil beramal dalam satu masa di dalam Konsert Destini.
Untuk tempahan tiket,sila hubungi :
019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186
Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz, Rossa dan Pasha Ungu merupakan barisan artis yang bakal membuat persembahan di Konsert Destini yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 Disember hadapan di Dewan Agung Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.
Dalam sidang media yang berlangsung pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata pihaknya mensasarkan RM2 juta untuk konsert itu memandangkan jualan tiket ketika ini sangat memberansangkan.
Mengulas tentang konsep persembahan pada malam itu nanti, Aizuddin memberitahu pihaknya merancang sebuah konsert penuh harmoni dan elegan, selain tampil lain daripada yang lain.
“Memandangkan konsert ini akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, jadi kami gabungkan pelbagai genre muzik untuk dipersembahkan. Saya yakin konsert ini akan tampil lain daripada yang lain, penuh harmoni dan elegan. Setiap artis yang terlibat akan menyampaikan dua buah lagu kecuali Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search. Mereka akan menyanyikan tiga buah lagu kerana mereka artis untuk penampilan istimewa,” ujar Aizuddin lagi.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang turut hadir dalam sidang media terbabit meluahkan rasa gembira kerana sekali lagi dapat bersama-sama dengan YDAB untuk kerja-kerja amal.
“Ini merupakan kali kedua Siti berkerjasama dengan YDAB. Usahasama yang pertama dahulu kami dapat mengumpul RM30,000. Siti terima pelawaan kedua mereka ini kerana Siti rasa patut membantu mereka yang memerlukan. Siti tahu bukan semua orang mampu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sebagai penyanyi, ini adalah sumbangan Siti untuk masyarakat. Jadi, Siti akan buat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” ujar Siti.
Bagi Amy Search pula, dia menerima undangan YDAB kerana dia mahu menolong anak bangsa. Malah, Amy juga menyatakan kesudiannya untuk menderma sebahagian bayarannya kepada YDAB.
“Dulu masa saya dibangku sekolah, saya pernah teringin untuk masuk ITM. Tapi saya bukan dalam kategori pandai akademik. Saya lebih cenderung dengan muzik. Walaupun saya tak dapat jadi pelajar ITM ataupun kini dikenali dengan UiTM, sekurang-kurangnya saya dapat sumbangkan sesuatu kepada institusi pengajian tinggi ini. Buat masa ini saya belum pilih lagu yang ingin disampaikan,” ujar Amy.
Selain berharga RM1,000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.
Orang ramai yang ingin membuat tempahan tiket boleh boleh menghubungi talian 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186. Selain tiket RM1000, terdapat juga tiket-tiket yang berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !