Home » , , , , , , , , , , , , » TIKET #KonsertDestini Dijual Ibarat 'Pisang Goreng Panas' @Aizuddin_MAG

TIKET #KonsertDestini Dijual Ibarat 'Pisang Goreng Panas' @Aizuddin_MAG

Written By Hafiz Al-Din on Friday, 22 November 2013 | 08:30

Mari kita berhibur sambil beramal dalam satu masa di dalam Konsert Destini. 
Untuk tempahan tiket,sila hubungi :
 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186


Petikan dari www.rotikaya.com

Dato Siti Nurhaliza bersama Amy Search bersetuju bagi menjayakan Konsert Destini

Jarang sekali kita melihat kelibat penyanyi yang popular menerusi lagu inggeris pertama ‘Falling in Love’ membuat persembahan dan sebagai penyanyi nombor 1 negara dia merasakan diri mampu membantu anak bangsa dari golongan yang tidak berkemampuan melalui muzik, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin berjaya mengumpul dana sebanyak RM 30,000 menerusi Simplycity.

Secara keseluruhannya dana yang akan disalurkan untuk konsert yang bakal berlangsung pada 20 hingga 21 November tahun ini adalah untuk sama-sama membantu Yayasan Destini Anak Bangsa dengan kerjasama fakulti Filem, Teater & Animasi Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam khususnya untuk anak yatim, yang kurang berkemampuan dan juga yang miskin.

Datuk Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini.

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali yang turut ditemui di majlis memperkenalkan artis yang membuat persembahan turut berkongsi penjualan tiket kini yang terjual seperti ‘Goreng pisang panas’.

“Setakat ini tiket yang berjaya terjual adalah sebanyak dua ribu dan kapasiti dewan mampu memuatkan 3750 untuk sekali persembahan”

Menurut Dato’ Siti Nurhaliza lagi, pada malam itu dua hari berturut-turut lagu yang sama akan dinyanyikan dengan dikemudi pengarah muzik Edrie Hashim namun begitu akan ada lagu baharu yang bakal dipersembahkan pertama kali untuk mereka yang hadir pada konsert yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Bakal berlangsung selama 2 jam setengah, istimewanya konsert yang menggabungkan pelbagai genre ini turut dijayakan oleh lima lagi artis popular tanah air iaitu Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz dan Dayang Nurfaizah.

Tidak dilupakan juga dua artis seberang yang bakal diterbangkan dari Indonesia Pasha Ungu dan juga Rossa turut mengesahkan bakal membuat persembahan di dalam membantu Yayasan Destini Anak Bangsa, YDAP khususnya.



Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza dan lagenda Rock, Amy Search bakal menjayakan konsert amal yang diberi nama Konsert Destini untuk mengumpul dana tambahan sekurang-sekurangnya RM2 juta bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.

Konsert selama dua hari anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) ini akan berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Kapasiti dewan tersebut mampu memuatkan seramai 3750 penonton dalam satu masa. Namun daripada hasil tinjauan yang dibuat, pihak kami menerima maklum balas yang sangat mengalakkan dari[pada penonton. Oleh itu, konsert ini diadakan selama dua hari.

"Setakat ini tiket yang berharga RM1000 dah habis dijual. Konsert hanya tinggal sebulan saja lagi, dan kami yakin sebanyak dua ribu tiket lagi akan terjual. 100% daripada hasil jualan tiket akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa. Kami mensasarkan sebanyak RM2 juta akan dapat dikumpul pada konsert selama dua hari itu", kata Ketua Pengawai Eksekutif YADB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali pada sidang media bertempat di Hotel Bluewave, Shah Alam, semalam.

Sementara itu bagi Dato' Siti Nurhaliza, ini merupakan kolaborasi kali keduanya bersama UiTM sekaligus idola kesayangan ramai ini berasa berbangga dengan usaha pihak UiTM dan YADB. Atas rasa tanggungjawab, beliau terpanggil untuk menjayakan konsert tersebut.

"Sebagai orang dewasa, kita mestilah mahu melihat anak bangsa kita berjaya. Kehadiran anak seni seperti kami bukan saja untuk menghiburkan orang ramai malah sama-sama bertanggungjawab membantu meringankan beban pihak yang memerlukan menerusi muzik kami sendiri", katanya yang akan mendendangkan tiga buah lagu pada malam konsert itu nanti.

Manakala bagi Amy pula yang turut hadir pada sidang media itu memberitahu saat dilamar pihak YDAB, beliau tanpa berfikir panjang terus menyatakan persetujuan demi mdembantu anak-anak yang bercita-cita tinggi untuk ke menara gadig namun mempunyai masalah keewangan.

Bakal berlangsung selama 2 jam setengan, istimewanya konsert yang menggabungkan pelbagai genre ini turut dijayakan oleh lima lagi artis popular tanah air iaitu Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz dan Dayang Nurfaizah. Serta dua artis yang diterbangkan khas dari Indonesia, Dato' Rossa dan Pasha (Ungu). Setiap artis akan mendedangkan dua buah lagu hits masing-masing.

Konsert Destini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 20 dan 21 Disember ini jam 8 malam.

Bagi orang ramai yang berminat untuk menonton konsert ini boleh mendapatkan tiket bernilai RM1000, RM500, RM300, RM200 RM80 dan RM30 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dengan menghubungi Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03-7962 2186 DAN 03-3342 5080. Atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 
019-670 473 atau 013 3959839.



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved