Skuad JDAB telah memulakan siri jelajahnya dari UiTM Seri Iskandar, Perak telah singgah di empat buah kawasan di negeri Perak iaitu Manjung, Beruas, Changkat Jering dan Bagan Serai.
Majlis pelancaran JDAB Perak pada pagi tadi telah dilancarkan dalam satu upacara ‘flag off’ oleh Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab Bte Mohammed, Rektor UiTM Seri Iskandar.
Majlis pelancaran JDAB Perak pada pagi tadi telah dilancarkan dalam satu upacara ‘flag off’ oleh Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab Bte Mohammed, Rektor UiTM Seri Iskandar.
Perjalanan kami pada pagi tadi amat mencabar yang mana terpaksa meredah hujan lebat. Sekalung penghargaan harus diberikan kepada pihak PDRM kerana mereka sanggup kebasahan bagi memastikan kelancaran pergerakan kami.
En. Rasyidi B. Ibrahim (Setiausaha Sulit Khas Y.A.B MB Perak) sedang memberi kata-kata aluan |
Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab Bte Mohammed, Rektor UiTM Seri Iskandar memberi taklimat tentang kemasukan ke UiTM |
En. Aizuddin Mohd Ghazali - Pegawai Khas Dato Sahol menerangkan mengenai program khas MDAB |
Lokasi pertama pada hari ini ialah di Dewan Orang Ramai Kg Pasir Panjang Laut, Manjung. Program di sini telah dimulakan dengan satu majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh En. Rasyidi B. Ibrahim (Setiausaha Sulit Khas Y.A.B MB Perak).
Sebaik sahaja upacara perasmian selesai, Saudara Aizuddin Ghazali, Pegawai Khas Dato Sahol telah memberi sedikit taklimat berkenaan syarat kemasukan Program Jelajah Destini Anak Bangsa. Menurutnya lagi, syarat kemasukan ke UiTM dalam sesi Pra Diploma melalui program JDAB perlu mempunyai 3 kredit iaitu BM, BI dan Matematik dan pendapatan keluarga kurang daripada RM 2000.00.
Dianggarkan seramai 200 pelajar lepasan SPM sekitar Kg. Pasir Panjang Laut telah hadir dalam program pada hari ini.
Lokasi seterusnya JDAB2012 ialah di Dewan Orang Ramai Pengkalan Baharu, Beruas. Seramai lingkungan 50 orang pelajar lepasan SPM telah hadir dalam program JDAB di sini.
Sebaik sahaja program di Dewan Orang Ramai Pengkalan Baharu, Beruas selesai JDAB singgah di Masjid Jamek Changkat Jering untuk menunaikan solat.
Perjalanan diteruskan ke Bukit Gantang yang mana telah memilih Dewan Bunga Raya Changkat Jering. Majlis di sini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dimana lingkungan 200 orang penuntut lepasan SPM dan ibu bapa telah hadir.
Majlis di sini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Rosli B. Husni (ADUN Trong). Dalam pada itu, Tn. Hj. Nizam Bin Nordin selaku Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM seluruh Malaysia turut hadir bagi memberi penerangan mengenai cara membuat rayuan jika ada pemohon yang gagal memasuki Universiti kerana kesilapan semasa mengisi borang.
Perjalanan diteruskan ke Bukit Gantang yang mana telah memilih Dewan Bunga Raya Changkat Jering. Majlis di sini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dimana lingkungan 200 orang penuntut lepasan SPM dan ibu bapa telah hadir.
Sekalung penghargaan kepada Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab Bte Mohammed, Rektor UiTM Seri Iskandar yang telah mengikuti JDAB sepanjang program hari ini.
Tidak lupa juga kepada Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sanggup mengerah kudrat bagi memastikan pergerakan kami pada hari ini berjalan lancar. Terima Kasih Semua yang terlibat.
Tidak lupa juga kepada Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sanggup mengerah kudrat bagi memastikan pergerakan kami pada hari ini berjalan lancar. Terima Kasih Semua yang terlibat.
MAKLUMAN : Program JDAB pada hari esok (17 Mei 2012) akan berlangsung di Balik Pulau, Tasek Gelugor, Nibong Tebal, Bandar Baharu, Kepala Batas & Sungai Petani (Tertakluk kepada pindaan semasa)
Salam, permohonan ni masih boleh mohon lagi ke ?
ReplyDelete