Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu telah berakhir semalam dan dikatakan telah mencapai matlamatnya.
Rata-rata pengunjung yang ditemui berpuas hati kerana golongan pelajar dan belia mendapat manfaat melalui bimbingan dan pengetahuan tentang inisiatif kerajaan untuk membantu dan menggalakkan mereka meneruskan pengajian selepas tamat persekolahan.
Sebanyak 20 IPTA dan 22 IPTS, agensi kerajaan dan pusat latihan menyertai karnival itu dengan menawarkan maklumat serta bimbingan kepada pelajar tentang potensi dan galakan untuk berjaya di menara gading.
Paling menarik, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut serta turun padang bersama Skuad JDAB2013 bertemu dengan para pelajar dan membantu mereka untuk ditempatkan di UiTM.
Dengan misi mengubah destini anak bangsa, Dato' Sahol sendiri telah menandatangani dan meluluskan beberapa permohonan yang sebelum ini gagal. Pelajar yang mempunyai keputusan baik di peringkat percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut diambil sebagai calon 'standby'. Mereka akan terus tersenarai sebagai pelajar UiTM jika keputusan SPM kelak menepati kelayakan.
Tahniah diucapkan kepada Skuad JDAB2013 yang sentiasa bersemangat walaupun dari pagi hingga petang melayan para pelajar dan pengunjung. Inilah semangat pelajar UiTM yang sentiasa rela bekorban demi mengubah destini anak bangsa.
'Pictorial' sepanjang Karnival
sars
good activities to do..
ReplyDelete