[VIDEO] : Kembara Ramadhan YDAB Kampus UiTM Machang
Written By Destini Anak Bangsa on Thursday, 18 July 2013 | 07:17
18 Julai, - Kembara Ramadhan anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) meraikan hampir 500 pelajar yang mengikuti pengajian di bawah program MDAB dalam satu majlis berbuka puasa di UiTM Machang semalam.
Program kembara amal yang pertama kali dianjurkan YDAB ini bertujuan meraikan pelajar MDAB melalui majlis berbuka puasa selain memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan mereka bersama ikon-ikon yang dibawa dari Putrajaya.
Program yang diadakan semalam selain dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato' Aizuddin ia turut dihadiri oleh Rektor UiTM Machang Prof. Madya Dr. Shukri dan Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).
Labels:
kembara ramadhan,
uitm machang
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !