Home » » [FOTO] : #JDAB2012 - Berjaya Kenal Pasti Lebih 100 Pelajar Miskin Yang Gagal Melanjutkan Pengajian

[FOTO] : #JDAB2012 - Berjaya Kenal Pasti Lebih 100 Pelajar Miskin Yang Gagal Melanjutkan Pengajian

Written By Destini Anak Bangsa on Wednesday 9 May 2012 | 22:44

Check Point : Terminal One Seremban

Hari pertama 9 Mei 2012 - Lengkap sudah perjalanan JDAB2012 yang bermula di Shah Alam dan berakhir di UiTM Segamat, Johor untuk mengenal pasti pelajar lepasan SPM yang gagal melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi akibat dihimpit masalah kemiskinan.

Bermula di 'check-point' pertama iaitu Terminal One, Seremban sehingga ke Kuala Pilah. Para sukarelawan JDAB2012 berjaya mengenal pasti hampir 100 pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran akibat kekurangan sumber kewangan.

Kunjungan sukarelawan JDAB2012 di Kuala Pilah turut dibantu oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah yang banyak membantu pergerakkan kami dalam mengesan rumah yang didiami oleh keluarga kurang mampu yang mana anaknya gagal melanjutkan pengajian.

Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah berbincang mengenai rumah yang tepat perlu kami kunjungi.

Antara kes yang dapat dikesan adalah seorang pelajar lepasan SPM dari Kg. Parit Tinggi Kuala Pilah yang mendapat 3A dalam peperiksaan SPM tetapi tidak berjaya melanjutkan pengajian kerana faktor kemiskinan.

Ketika dikunjungi oleh para sukarelawan JDAB2012, anak muda tersebut kelihatan gembira dan tidak mahu melepaskan peluang yang datang bagi mengubah nasib keluarganya.

Sukarelawan JDAB2012 bersama Skuad Sayang Wanita UMNO menerangkan program pembelajaran kepada bapa pelajar lepasan SPM di Kuala Pilah.

Selain berjaya mengesan pelajar-pelajar yang perlu dibantu, JDAB2012 turut berjaya mengedarkan 10,000 keping risalah penerangan mengenai dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Rata-rata masyarakat memberi respon positif terhadap program anjuran MDAB yang mana ianya cukup membantu anak-anak muda lepasan SPM demi memastikan tiada sesiapa pun dinafikan peluang untuk belajar hanya kerana faktor kemiskinan.

Antara foto yang dirakam sepanjang hari pertama JDAB2012 :


Masyarakat sasaran meneliti risalah program pembelajaran yang disediakan melalui MDAB
Lepasan SPM SMK Datuk Muhammad Yusuf, Linggi diberi peluang menyertai program MDAB
Nenek yang mempunyai seorang cucu lepasan SPM turut meneliti program MDAB
Sukses 'check-point' pertama - sukarelawan JDAB2012 bergambar kenangan di hadapan Terminal One Seremban
Sukarelawan JDAB2012 bergambar kenangan bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah

Ikuti twitter kami untuk kemaskini laporan serta lokasi yang bakal kami kunjungi : @JelajahDestini

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved