Home » » TERKINI : #JDAB2012 HARI KE-2 DI JOHOR...

TERKINI : #JDAB2012 HARI KE-2 DI JOHOR...

Written By Destini Anak Bangsa on Thursday 10 May 2012 | 12:41

Segamat 10 Mei - JDAB2012 memulakan siri jelajah mereka dari UiTM Segamat seawal jam 7.30 pagi tadi. Konvoi JDAB2012 telah menuju ke Pasar Awam Segamat untuk bertemu masyarakat bagi mengenal pasti anak bangsa yang benar-benar layak mendapat bantuan melanjutkan pengajian di UiTM. Sesi Soal Selidik di sini telah dibantu oleh Puteri UMNO Segamat dalam usaha mengenal pasti sasaran...

Sebaik sahaja selesai sesi soal selidik di Segamat, JDAB2012 telah bergerak ke Stesen Bas Tangkak untuk menjalankan sesi soal selidik di sini. Sekarang ini, Sukarelawan JDAB2012 berada di Muar dan akan bergerak Pasir Gudang sebelum bertolak ke Shah Alam..

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera para petugas JDAB2012...

UiTM SEGAMAT

7.30 am - Sukarelawan bergerak dari UiTM Segamat ke Pasar Awan Segamat 


Bergambar bersama Rektor UiTM Segamat dan para pelajar UiTM Segamat

 PASAR AWAM SEGAMAT
Puteri UMNO Segamat turun membantu para sukarelawan JDAB2012 mengenal pasti golongan sasaran 

Penerangan mengenai Program pembelajaran MDAB diberikan oleh pelajar UiTM Segamat kepada warga sekitar Pasar Awam Segamat

Sukarelawan JDAB2012 bertemu masyarakat di Pasar Awam Segamat

Sukarelawan JDAB2012 bersama masyarakat Segamat dalam  misi menggali masalah anak bangsa yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran
STESEN BAS TANGKAK 
Selepas menjalankan Soal Selidik mencari golongan sasaran di Pasar Awam Segamat..
JDAB2012 menuju ke  Stesen Bas Tangkak

Para Sukarelawan sedang menjalankan soal selidik mengenai permasalahan pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian.

3 orang pelajar lepasan SPM mendekati para sukarelawan JDAB2012 untuk mendapatkan maklumat dan peluang yang ditawarkan dalam program JDAB2012
MUAR 

Para Sukarelawan JDAB2012 sedang menjalankan soal selidik bersama masyarakat Muar. 

Rakyat Muar memberi layanan mesra kepada Sukarelawan JDAB2012 semasa sesi soal selidik JDAB2012 


Ikuti twitter kami untuk kemaskini laporan serta lokasi yang bakal kami kunjungi :@JelajahDestini
Share this article :

1 comment:

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved