Home » » Hari Ke-4 #JDAB2012 : Datuk Seri Zahid Hamidi Turut Membantu Lepasan SPM di Bagan Datoh - Terima Kasih #UiTM

Hari Ke-4 #JDAB2012 : Datuk Seri Zahid Hamidi Turut Membantu Lepasan SPM di Bagan Datoh - Terima Kasih #UiTM

Written By Destini Anak Bangsa on Sunday 13 May 2012 | 01:18

Lepasan SPM di Bagan Datoh
Hari ke-4 'JDAB2012' di Selangor berjalan dengan lancar di mana Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam menjadi lokasi pilihan sebelum Skuad JDAB2012 berkunjung ke Bagan Datoh untuk bersama Ahli Parlimen kawasan berkenaan iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.

Lebih 100 lepasan SPM ditemani ibu bapa mereka menunggu dengan penuh harapan ketibaan Skuad JDAB2012 di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bagan Datoh untuk mendapatkan peluang pembelajaran yang disediakan oleh MDAB dengan kerjasama UiTM.

Kebanyakkan lepasan SPM yang hadir memperolehi keputusan yang cemerlang malah ramai antara mereka memperolehi 6A tetapi gagal memasuki pusat pengajian tinggi kerana dibelenggu masalah kemiskinan dan kesilapan mengisi borang permohonan.

Hasil penelitian yang dilakukan oleh Skuad JDAB2012 dan Datuk Seri Zahid Hamidi, dengan persetujuan Prof. Ir. Dato Sahol Hamid. Skuad JDAB2012 bakal menyerapkan mereka ini ke program pra-diploma MDAB di setiap semester yang akan datang.

Mendengar keputusan ini, jelas wajah kegembiraan terpancar dari raut wajah ibubapa pelajar-pelajar ini yang mengharapkan anak mereka bakal mengubah nasib keluarga bila berjaya memasuki universiti kelak.

Warga Bagan Datoh tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, UiTM serta YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas inisiatif yang dilakukan demi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak tercicir dari mengikuti pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.

Foto Sekitar Kuala Selangor, Tanjong Karang & Bagan Datoh :

Ibu pelajar lepasan SPM memberi maklumat kepada Skuad JDAB2012
Skuad JDAB2012 menerangkan kemudahan yang disediakan MDAB

Datuk Seri Zahid Hamidi berpakaian Taekwondo
En. Aizuddin meneliti keputusan seorang lepasan SPM dari Bagan Datoh

Sukarelawan Skuad JDAB2012 pelajar UiTM Shah Alam dari Sarawak
Bapa kepada pelajar-pelajar lepasan SPM menerima cadangan yang dikemukakan oleh En.Aizuddin kepada anak mereka


Raut wajah yang ceria setelah berita gembira disampaikan kepada mereka
Skuad JDAB2012 bergambar kenangan bersama Datuk Seri Zahid Hamidi
Skuad JDAB2012 akan menyambung siri jelajah mereka di negeri Perak pada hari Rabu ini.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved