Home » » #JDAB2012 : Jelajah Destini Anak Bangsa Bakal Dilancarkan Esok!

#JDAB2012 : Jelajah Destini Anak Bangsa Bakal Dilancarkan Esok!

Written By Destini Anak Bangsa on Tuesday 8 May 2012 | 14:00

Penerangan Program : Klik Gambar
Siri kedua 'Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia' JDAB1M bakal dilepaskan 9.00 pagi esok oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malek di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.

Lokasi pertama yang bakal dilawati esok adalah Seremban, Negeri Sembila sebelum meneruskan perjalanan ke Linggi, Rembau, Kuala Pilah, Jempol  dan bakal bermalam di UiTM Segamat.



Aturcara program JDAB1M 2012 untuk 9 Mei 2012 :

UiTM Shah Alam – Seremban – Linggi – Rembau – Kuala Pilah – Jempol – UiTM Segamat
9.00 pagi Pelepasan JDAB1M oleh Setiausaha Politi kepada Menteri Pengajian Tinggi, Tuan Haji Khairi A.Malik

10.15 pagi Program di Terminal 1 Seremban

11.00 pagi Bertolak ke Linggi

11.45 pagi Program Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusuf, Linggi

12.15 tengahari Bertolak ke Rembau

12.45 tengahari Program di Pekan Rembau

1.15 petang Bertolak ke Kuala Pilah

2.00 petang Program di Kuala Pilah -Makan Tengahari & Solat Zuhur di UiTM Kampus Kuala Pilah

3.30 petang Program di Taman Desa Anggerik, Batu Kikir

4.15 petang Bertolak ke Bandar Seri Jempol

4.45 petang Program di Bandar Baru Serting

6.00 petang Delegasi JDAB1M bergerak ke Segamat

Pelajar UiTM Negeri Sembilan Bergerak Balik ke Kampus UiTM Kuala Pilah

Share this article :

4 comments:

  1. Thank you Dato Sri Najib, Thank you Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Thank you Dato Sahol & thank you Uitm!

    ReplyDelete
  2. salam 1 Malaysia.Maklumat yang diberi menyatakan pengajian 6 bulan/1 semester ditanggung UiTM.Adakah pengajian seterusnya menggunakan pinjaman PTPTN atau bagaimana seterusnya mengikut perancangan program ini?Saya kekurangan maklumat tentang hal ini.Hari ini baru saya tahu adanya program MDAB ini.Semoga usaha murni ini diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kepada tantawi. selepas peserta jelajah destini anak bangsa 1 msia (JDAB 1M) ini di pilih, mereka akan diserapkan di dalam sistem UiTM di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di mana mereka akan bermula dengan program pra-diploma yang ditawarkan di bawah program MDAB ini. selama 6 bulan (1 semester), UiTM akan menanggung penuh yuran pengajian, kolej(hostel) dan sebagainya termasuk elaun yang akan diberikan utk pelajar2 MDAB ini sebanyak lebih RM1k. Pada akhir pengajian mereka pada pra-diploma, jikalau keputusan akhir semester mereka lulus dengan memenuhi syarat-syarat tertentu, mereka akan diserapkan ke dalam program diploma UiTM. sepanjang pengajian mereka di diploma, mereka haruslah menanggung sendiri semua kos perbelanjaan seperti yuran semester dan lain-lain. Akan tetapi, mereka akan terus mendapat keistimewaan sebagai pelajar MDAB. mereka layak untuk memohon PTPTN , yayasan pendidikan negeri atau mana-mana pinjaman untuk menanggung semua perbelanjaan sepanjang pengajian mereka di UiTM.(tertakluk kepada perubahan)
      sekian.

      Delete

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved