Home » » Laporan Penuh #JDAB2012 di Kelantan. cc @datosahol @JelajahDestini

Laporan Penuh #JDAB2012 di Kelantan. cc @datosahol @JelajahDestini

Written By Destini Anak Bangsa on Tuesday 22 May 2012 | 01:59

Jelajah Destini Bangsa (JDAB2012) hari ini meneruskan siri jelajah mencari anak bangsa yang memerlukan bantuan pendidikan di negeri Kelantan. Sebanyak 3 buah lokasi telah menjadi tumpuan pada hari ini iaitu Pondok Moden (JELI), SMK Tanah Merah (Tanah Merah), dan SK Tumpat (Tumpat). 

Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar merasmikan
Program JDAB Peringkat Kelantan di Kampus UiTM  Kota Bharu
Pergerakan pada hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di UiTM Kampus Kota Bharu. Seramai 80 orang sukarelawan daripada UiTM kampus Kota Bharu dan Kampus Machang telah melibatkan diri pada misi jelajah hari ini. 

Masyarakat JELI bergambar kenang-kenangan bersama
Dato' Seri Mustapha Mohammad
Sejurus sahaja program dirasmikan, konvoi JDAB telah menuju ke Pondok Moden Jeli. Dato’ Seri Mustapha Mohamad telah menyempurnakan upacara perasmian yang disaksikan seramai 300 masyarakat sekitar Jeli. 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah:
  1. Dato’ Seri Mustapha Mohamad (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia)
  2. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)
  3. Prof Madya Dr. Syukri Omar (Rektor UiTM Machang)
  4. Sdr. Mohd Faizal Daud (Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa)
  5. Said Aiman (Pengerusi Malaysian Artist Sport Club, MASC)
Surat Tawaran Masuk UiTM melalui Program JDAB

Dato' Seri Mustapha Mohamad memberikan surat Tawaran kepada
bakal Mahasiswa UiTM dalam majlis Penyerahan Surat Tawaran
 di Pondok Moden Jeli
Seramai 16 orang pelajar lepasan SPM telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke Program JDAB setelah permohonan mereka pada bulan Mac yang lalu memenuhi syarat kemasukan. Dalam pada itu, Dato Sahol sempat meluangkan masa bersama masyarakat sekitar Jeli untuk menyemak permohonan pelajar lepasan SPM yang gagal dalam pemilihan UPU yang lepas dan meluluskan serta merta kemasukan pelajar ini. Pelajar yang diluluskan akan menyambung pengajian di UiTM untuk pengambilan seterusnya. 

Masyarakat kawasan Tanah Merah hadir di SMK Tanah Merah 1 dengan
harapan mahu melihat anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke Universiti

Dato’ Hj. Ikmal Hisham B. Abd Aziz  menerima surat permohonan daripada
Dato Sahol sebagai Simbolik penyerahan surat Tawaran kemasuka ke UiTM di SMK Tanah Merah 1

Sebaik sahaja selesai Program di Pondok Moden, Sukarelawan JDAB terus ke SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah. Masyarakat di Tanah Merah telah memberikan kerjasama yang amat baik yang mana kehadiran di sini mencatatkan sejarah tersendiri yang mana jumlah kehadiran lebih kurang 500 orang. Penglibatan masyarakat di sini harus dipuji kerana rata-rata masyarakat di sini amat mengharapkan anak mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat IPT. 

Turut hadir pada majlis di sini ialah:
  1. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)
  2. Dato’ Hj. Ikmal Hisham B. Abd Aziz (Ketua UMNO Bhgn. Tanah Merah)
  3. Prof. Madya Dr. Syukri Omar (Rektor UiTM Kelantan)
  4. Prof. Madya Dr. Hanafiah B. harun (Pengarah MDAB)
  5. Sdr. Mohd Faizal Daud (Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa)
  6. Ust. Baharuddin Yusoff (Timb. Ketua UMNO Bahagian)
  7. Pn. Dayang Saniah (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian)
  8. Said Aiman (Pengerusi Malaysian Artist Sport Club, MASC)

Untuk rekod, seramai 200 daripada 300 orang pelajar lepasan SPM yang memohon telah berjaya mengikuti program JDAB yang telah diumumkan dalam majlis penyerahan surat tawaran kemasukan JDAB di sini. Pelajar yang berjaya turut menerima baucer buku bernilai RM200 setiap seorang. 

Adik Nor Afifah bergambar bersama ibunda tercinta Norazila Bt. Saari

Adik Nor Afifah Bt. Saari anak ke-6 daripada 10 orang adik beradik antara pelajar lepasan SPM yang berjaya dipilih mengikuti JDAB amat beryukur kerana dapat melanjutkan pengajian ke UiTM. Ketika ditemubual, adik Nor Afifah merakamkan tanda syukurnya kepada Alllah S.W.T dan berterima kasih kepada Dato’ Ikmal Hisham yang telah membantunya mendapatkan tempat di UiTM, Dato Sahol yang meluluskan dan DS Najib Tun Razak yang menjadi penaug program ini. 

Dato Sahol bersama Sdr Faizal Daud sedang meneliti
surat permohonan kemasukan UiTM
Lebih manis lagi, Adik Afifah berazam untuk mengubah nasib keluarganya yang mana dia hidup dalam keadaan yang sememangnya layak diberi bantuan. Bapa kepada Afifah merupakan seorang pesakit OKU. 





Lokasi terakhir JDAB peringkat Kelantan telah berlangsung di SK Tumpat yang mana telah dihadiri seramai 100 orang pelajar lepasan SPM dan Ibu Bapa. Majlis penyerahan surat tawaran di sini telah disempurnakan oleh Dato’ Sahol dengan disaksikan Datuk Hj. Noor Zahidi (ADUN Pengakalan Kubor). 
Dato' Sahol dan Datuk Zahidi melakukan semakan permohonan ke JDAB

Sebaik sahaja majlis selesai, satu sidang media telah dilaksanakan yang mana Dato Sahol telah memaklumkan kepada pemberita bahawa seramai 250,000 pemohon yang membuat permohonan untuk kemasukan ke UiTM. Daripada jumlah tersebut 150,000 pemohon telah memilih UiTM sebagai pilhan pertama dan kedua. Hanya 20,000 sahaja yang diterima masuk daripada jumlah tersebut. 

Menurutnya lagi, DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ialah individu penting dalam menggerakkan program JDAB ini yang mana DS Najib mahu anak bangsa yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian diberi peluang kedua untuk mengubah Destini Anak Bangsa berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. 
Turut hadir pada majlis di sini ialah:
  1. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)
  2. Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.Omar (ADUN Pengkalan Kubor)
  3. Prof. Madya Dr. Syukri Omar (Rektor UiTM Kelantan)
  4. Sdr. Mohd Faizal Daud (Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa)
  5. Said Aiman (Pengerusi Malaysian Artist Sport Club, MASC)
Semua bakal mahasiswa UiTM bergambar bersama artis MASC sebelum pulang


Untuk rekod, seramai 1,269 orang pelajar lepasan SPM telah membuat permohonan ke JDAB pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 468 orang pemohon telah berjaya dalam permohonan mereka.

Sepanjang program JDAB yang bermula 9 Mei lepas, seramai 5,342 orang telah membuat rayuan dan telah menemui seramai 36, 441 orang sepanjang program berlangsung.

Pada keesokan hari, JDAB akan meneruskan siri jelajah ke Ketereh, Machang dan Pasir Putih.


Dapatkan maklumat terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB2012) di TWITER @JelajahDestini, HASHTAG #JDAB2012 & FACEBOOK [SINI].
Share this article :

2 comments:

  1. satu usaha yang mulia...
    sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada misi ini...
    >>mengubah destini anak bangsa demi masa depan yang lebih cemerlang dan berilmu<<

    ReplyDelete
  2. yeay. saya sgt bertuah krna dpt mengikuti program tersebut. tak sangka dapat berjumpa dgn blogger2 hot, artis2 terkenal n paling penting dapat berjumpa vc kami face to face. sungguh tak percaya :)

    ReplyDelete

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved