Home » » Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) satu lagi Aspirasi Perdana Menteri Malaysia

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) satu lagi Aspirasi Perdana Menteri Malaysia

Written By Destini Anak Bangsa on Sunday 24 February 2013 | 09:38

Kejayaan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAM) dan Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi aspirasi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan sebuah program serupa terhadap kaum India yang dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).

Program itu akan melibatkan kerjasama Special Implementation Task Force on the Indian Community dan Politeknik di seluruh negara dengan menyasarkan pengambilan seramai 1600 pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar setiap tahun.

Aspirasi itu juga mengambil kira atas semangat Keadilan Sosial dalam prinsip 1 Malaysia di mana, semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perdana Menteri juga percaya bahawa pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.

Hari ini sudah pasti menjadi satu lipatan sejarah di dalam pendidikan negara, kerana Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) di Politeknik Port Dickson jam 3.00 petang.




sars
Share this article :

2 comments:

  1. Syabas PM...rakyat didahulukan! Hidup BN...hidup Malaysia@

    ReplyDelete
  2. how to apply for this programme... mayb dat info can help others to apply too!!
    kindly rpy plzz!!
    thank you in advance!!

    ReplyDelete

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved