Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) memulakan siri penjelajahan mereka di Kelantan hari ini bagi membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Mereka tiba di Kota Bharu pada jam 6.00 petang semalam. Misi di Kelantan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu. Skuad JDAB2013 juga disertai oleh artis-artis terkenal seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny X-Factor,Syed Aiman dan Fiza.
|
Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berucap sebelum melepaskan skuad JDAB2013 ke Pasar Jelawat |
|
Barisan artis yang turut menyertai JDAB2013 |
|
Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar bergambar bersama skuad JDAB2013 dan barisan artis |
|
Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar melepaskan skuad JDAB2013 untuk memulakan misi di Kelantan |
|
Skuad JDAB2013 turut diiringi superbike |
Sebaik sahaja dilepaskan pada jam 9.00 pagi, skuad JDAB2013 menuju ke Pasar Jelawat, Bachok. Kehadiran mereka di sana disambut meriah oleh masyarakat sekitar Bachok yang menunggu ketibaan mereka di Kedai Kopi Poo berdekatan Pasar Jelawat.
Di sana, seramai 35 orang pelajar berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.
|
Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar meneliti borang permohonan untuk melanjutkan pengajian ke UiTM |
|
Seorang pelajar menitiskan air mata kerana terharu dapat melanjutkan pengajian ke UiTM |
|
Skuad JDAB2013 bergambar bersama pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke UiTM |
Skuad JDAB2013 kemudiannya bergerak ke Jeli pada jam 12.00 tengahari. Di sana, Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengunjungi pasar di Pekan Jeli.
|
Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar bersama skuad JDAB2013 melawat pasar di Pekan Jeli |
Di Jeli, sukarelawan JDAB2013 memeriksa mata masyarakat tempatan di atas Klinik Optometrik Bergerak. Cermin mata percuma diberikan kepada orang ramai yang memerlukan.
|
Cermin mata percuma kepada masyarakat tempatan yang memerlukan |
|
Klinik Optometrik Bergerak menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma
|
Selepas itu skuad JDAB2013 begerak ke SMK Belimbing, Tanah Merah sekitar jam 4.30 petang
untuk Majlis Perasmian Program Kesukarelawan Perdana UiTM 2013.
Seramai 5000 orang menanti ketibaan konvoi JDAB2013 di sana. Mereka terdiri daripada pelajar-
pelajar UiTM dan keluarga angkat mereka.
|
5000 orang hadir di Tanah Merah |
|
Majlis Perasmian Program Kesukarelawan Perdana UiTM 2013 |
|
Pelajar-pelajar UiTM bergambar bersama Dato Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan artis-artis
Setelah selesai program di Tanah Merah, skuad JDAB2013 meneruskan perjalanan ke Dungun. Tahniah kepada 35 orang anak Kelantan yang berjaya mendapat tempat di UiTM.
|
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !