Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) secara dasarnya menumpu kepada segala usaha universiti mengubah nasib anak bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.
MOTTO
1. Yuran pengajian PERCUMA.
2. Asrama disediakan percuma.
3. Elaun sara diri (bulanan) diberikan kepada pelajar.
SYARAT KEMASUKAN MDAB :
MAKLUMAT PENTING
Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah PERCUMA
Penubuhan program MDAB ini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar Bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM3000 sebulan.
Borang permohonan program MDAB ini sah untuk satu (1) kali permohonan sahaja. Calon yang ditawarkan perlu mengambil peluang pengajian ini sebaik-baiknya jika ditawarkan tempat.
Pelajar yang lulus dalam Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) layak ditawarkan program diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD
SYARAT AM & SYARAT KHAS PROGRAM :
PD0002 (Pra Diploma Perdagangan)
1. Tempoh Pengajian : 6 bulan/ 1 semester
2. Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasukBahasa Melayu/Malaysia
3. Lulus Matematik/Matematik Tambahan
4. Lulus Bahasa Inggeris
PD0007 (Pra Diploma Sains)
1. Tempoh Pengajian : 6 bulan/ 1 semester
2. Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasukBahasa Melayu/Malaysia
3. Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
4. Lulus Bahasa Inggeris dan salah satu dari mana-mana matapelajaran berikut
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !