Home » , , » TAHNIAH KEPADA CEO YDAB ATAS PENERIMAAN PINGAT DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG #YDABDihatiku

TAHNIAH KEPADA CEO YDAB ATAS PENERIMAAN PINGAT DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG #YDABDihatiku

Written By Hafiz Al-Din on Monday 7 October 2013 | 01:06


Pengarah Eksekutif (CEO) Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) Mohd Aizuddin Dato Ghazali antara penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang Darul Makmur sempena ulang tahun Keputeraan DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang ke-82.

Mohd Aizuddin dipilih menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DMP) yang membawa gelaran Dato’ di atas kejayaan menyumbang khidmat bakti membantu lebih 10,000 ribu anak bumiputera yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM melalui Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB).

Dato’ Aizuddin yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid berkata dia yang menerima perlantikkan ke jawatan tetap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 September 2013 akan berusaha melaksanakan kepercayaan yang diberikan bagi menyelaras dan membangunkan YDAB supaya lebih tersusun.

“Saya bersyukur dan melahirkan jutaan terima kasih kepada DYMM Sultan Pahang di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DMP), anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus menyumbang bakti dalam membantu gololongan Melayu Bumiputera yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Kerana melalui pendidikan sahaja seseorang itu dapat mengubah nasib serta destini keluarga mereka”.

Selain itu, menurut Dato’ Aizuddin selain membantu golongan anak melayu bumiputera melanjutkan pengajian di UiTM melalui Program Pengajian MDAB dia bersama kakitangan YDAB kini sedang merangka beberapa program kemasyarakatan untuk digerakkan di masa-masa akan datang.

Share this article :

2 comments:

  1. Tahniah buat kekanda Dato' Aizuddin diatas DIMP yang di terima. Semoga usaha murni yang dilakukan terus diperkasakan lagi bagi membantu anak bangsa yang memerlukan terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Teruskan perjuangan dan agenda bagi membantu Agama, Bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  2. Salam name saya tengku abdul matin anak kepada tengku putri cucu kepada tengku alam kerabat dari Singapore saya nak jumpe dgn kerabat kt sane mcm mane nak jumpe dgn sultan malaysia ye ni number saya +6585869573

    ReplyDelete

ALAMAT PEJABAT YDAB:

YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA

7-3, Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S)
U13/S, Seksyen U13,Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor.
TEL : +603-3343 5080
FAKS : +603-3342 6080
 
Support : Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA (YDAB) - All Rights Reserved